Masihkah kita ingat pelakon ini?
Allahyarham Shukery Hashim, 55 tahun, menghembuskan nafas terakhir jam 1.45 petang 10/06/2009.
(ataupun ada yang menyangka bahawa beliau masih hidup, kerana melihat drama lakonan beliau yang masih baru di kaca TV hampir setiap minggu?)
Beliau meninggal dunia 3 bulan setelah disahkan mengidap kanser pankreas.
Kanser pankreas biasanya dikesan lewat, dan pengidapnya mengalami sakit perut yang teruk (body & tail of pancreas) atau jaundis (head of pancreas). Prognosis biasanya teruk, maksudnya jangka hayat pesakit adalah pendek. My longest surviving patient after surgery (Whipple's operation) lasted only two years. Yang lainnya hidup 6 bulan ke setahun. Tanpa pembedahan, none lasted more than 6 months.
.
Pesakit dalam gambar ini datang dengan ketumbuhan dalam perut, busung (ascites) dan disahkan mengidap kanser pankreas. Hanya biopsi yang dapat dilakukan. Beliau kembali ke rahmatulLah 4 bulan kemudian
Kajian terbaru tentang kanser ini amat mengejutkan saya:
Soft Drink Consumption Linked to Pancreatic Cancer. February 2010: Cancer Epidemiology, Biomarkers & Prevention. Kajian selama 14 tahun ini dijalankan di Singapore dikalangan penduduknya yang berbangsa China (Singapore Chinese Health Study (n = 60,524). Mereka mendapati those consuming 2 or more soft drinks per week experienced a statistically significant increased risk for pancreatic cancer (hazard ratio [HR], 1.87; 95% confidence interval [CI], 1.10 - 3.15). The results of the new study found that individuals who consumed 2 or more soft drinks per week had an 87% increased risk for pancreatic cancer, compared with those who did not. Satu serving soft drink adalah satu tin kecil yang biasa kita beli dengan harga RM1.50
.
.
.
Maksudnya kebiasaan kita dan anak-anak kita yang minum minuman bergas hampir setiap hari akan mendedahkan kita kepada kanser pankreas. Ingatlah, dalam minuman itu yang ada hanya air, yang lainnya adalah kimia; pemanis, perasa, perisa, pewarna, pengawet dan penstabil (biasanya ditambah perkataan yang dibenarkan. Pernahkah kita bertanya: siapa yang benarkan?)
.
.
Oleh itu berhati-hatilah.
.
"Mamak, air kosong satu" - adalah satu pilihan bijak, and no longer an indication of poor financial planning !
.
Tepuk dada, tanya selera !!
1 comment:
sy ada sorg mbe yg papa dia hidap sakit ini,bila sy baca psl artikel ni,tiba2 sy menitis air mata,peluang nak hdop tuk penghidap penyakit ni samar2, i hope she can be strong bout this ..
Post a Comment