Saturday, March 13, 2010

Air Tujuh Kolah

Gallstones (Batukarang hempedu) is a common disease. It presents with upper abdominal pain and usually the symptoms mimic that of peptic ulcer disease (sakit gastrik). Treatment of uncomplicated gallstone is easy and straight forward; remove the gallbladder. The operation is called cholecystectomy. Previously, cholecystectomy is done through an incision in the abdomen just beneath the right costal margin. Now it is done laparoscopicaly (minimal invasive surgery - keyhole surgery). It can be done as a daycase surgery, and with minimal pain.

In Kelantan, most patients describe it as pembedahan laser (which is literally wrong). Despite the advanced technique and all its advantages, many Kelantanese still prefer to go somewhere else before coming to their surgeon.


Last week I did a laparoscopic cholecystectomy on a 42-year old teacher. Ultrasound examination done two weeks earlier showed multiple gallstones. However on the day of the operation, she insisted that I repeat the ultrasound before the surgery. Her reason : She had seen a bomoh who prescribed her with "air kolah tujuh buah masjid" - drank unboiled.


Saya percaya Allah berikan ilmu kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya, dan ilmuNya begitu luas. Saya yakin ada di sana seseorang yang Allah berikan ilmu untuk merawat sesuatu penyakit dengan cara yang berlainan. Tetapi masaalahnya, bomoh-bomoh yang kita ketahui kebanyakannya tidak jujur dengan perbuatannya. Ada seorang insan di Jelawat Kelantan yang 'menyedut' batukarang hempedu dengan pelepah betik sebelum diludahkan dari mulutya. Ada pesakit yang bawa batu itu kepada saya. Yang saya lihat hanyalah batu kerikil sungai atau yang dikutip di tepi jalan. Yang bomoh tu tak tahu ialah batu karang hempedu diperbuat dari kolesterol (hard but smooth, multifaceted and shiny) atau pigmen hempedu (black, soft and dirty). Tentunya kalau di'scan' semula masih terdapat batu yang sama walau pun telah 'disedut' keluar oleh tokmoh.


Pastinya bomoh itu tahu yang dia menipu, dia lakukan juga untuk cari makan. Malangnya orang kita mudah sangat percaya. Hujah mereka IKHTIAR. Memanglah Allah suruh kita ihktiar, tapi Dia juga beri kita otak. Dan Dia suruh kita gunakannya untuk berikhtiar.


Tok moh, tok moh ...........................

Monday, March 1, 2010

KITA MINUM DULU ....


Masihkah kita ingat pelakon ini?



Allahyarham Shukery Hashim, 55 tahun, menghembuskan nafas terakhir jam 1.45 petang 10/06/2009.


(ataupun ada yang menyangka bahawa beliau masih hidup, kerana melihat drama lakonan beliau yang masih baru di kaca TV hampir setiap minggu?)


Beliau meninggal dunia 3 bulan setelah disahkan mengidap kanser pankreas.


Kanser pankreas biasanya dikesan lewat, dan pengidapnya mengalami sakit perut yang teruk (body & tail of pancreas) atau jaundis (head of pancreas). Prognosis biasanya teruk, maksudnya jangka hayat pesakit adalah pendek. My longest surviving patient after surgery (Whipple's operation) lasted only two years. Yang lainnya hidup 6 bulan ke setahun. Tanpa pembedahan, none lasted more than 6 months.
.
Picture: Advanced cancer pancreas with intra-peritoneal disseminations (carcinomatosis peritoneii)
Pesakit dalam gambar ini datang dengan ketumbuhan dalam perut, busung (ascites) dan disahkan mengidap kanser pankreas. Hanya biopsi yang dapat dilakukan. Beliau kembali ke rahmatulLah 4 bulan kemudian
Kajian terbaru tentang kanser ini amat mengejutkan saya:
Soft Drink Consumption Linked to Pancreatic Cancer. February 2010: Cancer Epidemiology, Biomarkers & Prevention. Kajian selama 14 tahun ini dijalankan di Singapore dikalangan penduduknya yang berbangsa China (Singapore Chinese Health Study (n = 60,524). Mereka mendapati those consuming 2 or more soft drinks per week experienced a statistically significant increased risk for pancreatic cancer (hazard ratio [HR], 1.87; 95% confidence interval [CI], 1.10 - 3.15). The results of the new study found that individuals who consumed 2 or more soft drinks per week had an 87% increased risk for pancreatic cancer, compared with those who did not. Satu serving soft drink adalah satu tin kecil yang biasa kita beli dengan harga RM1.50
.
.
Maksudnya kebiasaan kita dan anak-anak kita yang minum minuman bergas hampir setiap hari akan mendedahkan kita kepada kanser pankreas. Ingatlah, dalam minuman itu yang ada hanya air, yang lainnya adalah kimia; pemanis, perasa, perisa, pewarna, pengawet dan penstabil (biasanya ditambah perkataan yang dibenarkan. Pernahkah kita bertanya: siapa yang benarkan?)
.
.
Oleh itu berhati-hatilah.
.
"Mamak, air kosong satu" - adalah satu pilihan bijak, and no longer an indication of poor financial planning !
.
Tepuk dada, tanya selera !!