KAMU BOLEH TUNGGU, TUNGGU DIA MATI.
Semalam, dalam HARIAN METRO terdapat satu berita yang memapar kekecewaan sebuah keluarga yang kehilangan seorang anggota keluarga mereka. Yang mereka kesalkan adalah sikap doktor yang merawat anak mereka, bersikap sombong dan biadap, sehingga sanggup mengeluarkan kata-kata 'Kamu boleh tunggu, tunggu dia mati" Mulanya saya rasakan ini biasalah bagi seorang yang baru ditimpa musibah (grief reaction). Apatah lagi dalam kesibukannya doktor itu gagal memberi penerangan yang memuaskan. Di petang hari yang sama seorang lelaki datang ke pejabat saya, bertanyakan sanggupkan saya merawat anaknya yang mengalami perdarahan di otak selepas satu kemalangan jalan raya. Anaknya masa itu sedang dirawat di unit Neurosurgeri hospital yang sama; beliau takut anaknya itu 'diapa-apakan' oleh seorang doktor di situ yang dikatanya sangat sombong dan tidak bertimbang-rasa. Saya jelaskan kepadanya bahawa pembedahan otak bukanlah kepakaran saya, dan saya nasihatkan beliau untuk selesaikan perkara itu dengan pehak bertanggungjawab di hospital tersebut.
Wow, mungkinkah ini satu sebabnya pesakit datang lewat mendapatkan rawatan seperti yang saya 'highlight'kan sebelum ini. Sikap doktor-doktor yang dikatakan sombong dan kurang bertimbangrasa. Sedangkan rata-rata tok bomoh dan singseh bermulut manis memukau. Bomoh patah mengurut tulang penuh sopan dan mesra sedangkan doktor otopedik menarik tulang sambil menyumpah seranah (pesakit mungkin sedar walau pun diberi sedation).
Petang tadi seorang pesakit datang kepada saya memohon penjelasan tentang penyakitnya. Beliau ada satu ketumbuhan kecil dipayudaranya, telah dibiopsi di hospital (yang sama di atas) dan tak faham penjelasan doktor yang merawat beliau. Lapurannya (biopsy report) tiada dibawanya. Saya terangkan kepada beliau, yang saya tidak dapat membantu, lainlah kalau ada lapuran itu ataupun beliau dapat sebutkan nama doktor berkenaan. Bolehlah saya 'hello'kan kepadanya dan tanyakan perkara tersebut. Inilah masaalahnya, sukar sangatkah untuk memberi penjelasan. Kalau pesakit tak faham istilah perubatan, buatlah analogi dengan barang, tumbuhan sekeliling agar mereka mudah faham. Kalau bahasa yang menghalang carilah seorang penterjemah. Hendak seribu daya, tak mahu seribu dalih!
Fikir-fikirkanlah .....................
Senyumlah wahai doktor-doktor ! It makes a lot of difference.
1 comment:
aku setuju sangat tu, hai doktor2 sema, stres camanapun bawak2lah senyum...sebab senyum itu penawar gak
Post a Comment