Thursday, May 29, 2008

CUTI SEKOLAH - MUSIM BERSUNAT
(School Holiday - Circumcision time)
Di Malaysia, bila bermula cuti sekolah, tibalah musim bersunat. Kalau dulu inilah masanya tok-tok mudim buat bisness, tapi sekarang tak lagi. Ramai ibubapa membawa anak-anak mereka ke hospital atau ke klinik bertauliah untuk menyunatkan anak lelaki mereka. Namun masih ada yang selesa dengan yang tak bertauliah. Dalam banyak kes, yang haram tu lah yang seronoknya. Sesetengah tok-tok mudim itu pula adalah kakitangan paramedik yang cari duit tambahan. Musim cuti ni ambil cuti tahunan. Jadi kenalah buat cepat-cepat, maklumlah ramai yang beratur diluar menunggu untuk disunatkan. Setiap musim bersunat ini, ada saja kes yang dirujuk ke pakarbedah untuk tolong repairkan yang dah terlebih potong. Biasanya kes macam ini tidak dihantar ke hospital kerajaan, sebab besoknya akan terpampanglah cerita di Harian Metro yang tunggu saja berita-berita sensional.
Ini adalah satu darinya, habis seluruh kulit burung budak tu dilapahnya. Nak repair bukannya senang, terpaksa ambil kulit dari bahagian lain ditampalkan ke situ.


Akhir tahun lepas, seorang kena potong 'kepala'nya, terkulai. Ini baru yang datang kepada saya, tapi masih ramai lagi pakarbedah yang dapat kes semacam ini. Moga-moga cerita ini menyedarkan ibubapa. Janganlah kerana seringgit dua, naya anak tu. Tapi orang kita memang macam ini, duit beli rokok habis beratus ringgit sebulan, tapi untuk kesihatan atau pelajaran berkira macam nak mati.
Kepada ayah ibu tu, bawalah anak anda ke tok mudim atau doktor yang bertauliah. Bagi kebanyakan kanak-kanak yang berumur 9 tahun ke atas, bersunat dengan bius setempat adalah selamat. Bagi yang kurang dari 9 tahun, pilihlah bersunat dengan bius penuh (general anaesthesia). Sekarang telah jadi trend, bawak anak-anak berumur 5 - 6 tahun untuk bersunat, puas lah pujuk; dan setelah kena sejarum, selak budak tu. Kesian budak tu - sampai ke tua takutkan doktor. Selari dengan garis panduan Kementerian Kesihatan; bagi yang berumur kurang dari 9 tahun, bersunat disyorkan dengan bius penuh. Kalau tidak, tunggulah sehingga anak itu cukup umurnya.
Dan kepada anak-anak tu, selamat bersunat !

No comments: